From: /Normarjan Elias <b60965@k6.upm.edu.my>
To: hizb@MyList.net <hizb@MyList.net>
Subject: H-Net* Mimpi yang mengakibatkan lumpuh.
Date: Saturday, January 03, 1998 12:41 PM

A'kum....

Munifah bt Zarbiy berkata: "Kami pergi ke Makkah bersama tuanku.  Di sana 
kami melihat seoranf wanita yang dikerumuni orang ramai.  Seolah-olah ada 
suatu keganjilan yang menyebabkan ramai orang mnegerumuninya.
 "Melihat orang yang berkerumun itu, Aisyah ra pun turut 
menghampiri tempa itu keran aingin tahu apa yang berlaku.  Rupanya memang 
ada peristiwa meanrik yang m eyebabkan orang berkumpul di tempat itu.  
Ummul Mukminin melihat seorang wanita duduk mnundukkan kepala di 
tengah-tengan kerumunan orang ramai itu.  Setelah melihat tangannya yang 
ada keganjilan itu, Ummul Mukminin betanya:"Aku lihat tangan mu lumpuh, 
mengapa terjadi demikian?"
 "Wanita itu memulakan ceritanya:"Saya ada mempunyai ibu dan 
ayah.  Ayahku seorang yang sangat pemurah dan banyak berbuat kebajikan.  
Sedangkan ibuku seorang yang bakhil dan sepanjang hidup saya lihat tidak 
ada amal kebajikan.  Hanya ada sedikit amal kebaikannya, iaiatu ketika 
ayahku menyembelih lembu, maka ibuku ada mengasi lemaknya kepada 
tetangga. Ibuku juga pernah mengasi secarik kain sama orang lain.
 "Pendek ceritanya ayah dan ibuku meninggal dunia.  Maka pada 
suatu malam saya bermimpi melihat ayahku berada di sebuah perigi yang 
airnya jernih.  Sya lihat ramai orang yang datang mengambil air ke perigi 
dan saya lihat ayahkulah yang mengatur dan membagi-bagikannya.
 "Saya palingkan mukaku dan memandang ke arah belakang, say liht 
ibuku berdiri seoraang diri.  Pada wajahnya jelas kelihatan bahawa beliau 
sedang menghadapi masalah.  Sungguh kasihan, ibuku berdiri tanpa sehelai 
kain pun di badannya kecuali secarik kain untuk menutupi kemaluannya.  
Dan beliau sedang memeganglemak lembu.
 "Yang membuat aku kasihan bukan hanya kerana berdiri seorang diri 
dan tidak mempunyai kain, tetapi beliau nampak lapar dan kehausan.  
Beliau menjilat jilat lemak di tangannya itu sambil 
berkata:"haus...haus...
 "Ibuku setengah mati kehausan, sementara ayahku membagi-bagikan 
air kepada orang yang kehausan.  Biarlah aku minta air kepada ayah untuk 
diberikan kepada ibuku,"bisik hatiku.
 "Maka aku pun segera mengambil air di tempat ayahku kemudian aku kejar
kan ke tempat ibuku.  Ketika bermaksud mnyerahkannya kepada ibuku, 
tiba-tiba aku mendengar seruan:"Oi..sesiapa yang memberinya minum akan 
lumpuh tangannya."
 "Besok paginya ketika saya bangun tidur, saya lihat tanganku sudah
lumpuh seperti yang kamu saksikan sekarang."
 Ada lagi perawi atau sumber lain yang menguatkan cerita ini.  
Iaitu cerita yang diterima dari Musa bin Ubaidah, dari Safiah binti 
Syaibah berkata:"Ketika saya berada di sisi Ummul Mukminin, datanglah 
seorang wanita yang digantung atau diselimutkan tangannya.  Kaum wanita 
yang berkumpul di majlis kami itu memperhatikan wanita itu dan 
masing-masing ingin tahu apa yang terjadi terhadap tangannya.  Wanita itu 
nampak malu dan tidak mahu mengeluarkan tangannya.  Aisyah memberi 
isyarat kepada kami supaya jangan terlalu mengamati wanita itu supaya dia 
jangan malu.
 "Tetapi akhirnya wanita itu sendiri yang mengungkapkan kisahnya 
sebelum ditanya.  Dia berkata kepada Aisyah ra:"Demi Allah saya tidak 
datang menjumpaimu kalau bukan disebabkan malapetaka yang menimpa 
tanganku ini.  Saya bermimpi begini," katanya menceritakan seperti kisah 
tadi".

Pengirim:/Normarjan Elias <b60965@k6.upm.edu.my>