*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
[ BISMILLAH
AR-RAHMAN AR-RAHIM ]
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
[
HizbiNet (hizb@MyList.net) ]
[
Ke Arah Membina Ummah ]
[
Berilmu Dan Bermaklumat
]
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
A'kum
Ada sebuah cerita yang diterima dari Husain, yang didengarnya dari
Abdullah, dari Suaid b. Said, dari Abu Al-Muhayyah beliau
berkata:"Bercerita kepadaku seorang lelaki:"Kami ada satu rombongan
pergi
mengembara. Di antara kami ada seorang yang memaki Abu Bakar
Assiddiq.
Kami sudah melarangnya tetapi dia tidak menghentikan pebuatannya itu.
"Di tengah perjalanan kami berhenti kerana sudah terasa penat.
Ada di natara kami yang memnfaatkan masa berahat itu untuk mengesat
peluhnya sambil meminum air, ada yang memakan makanan ringan, ada yang
membetulkan kainnya dan sebagainya.
"Kawan kami yang mencaci Abu Bakar As Siddiq pergi agak jauh
dari tempat persinggahan kami. Mungkin dia sedang mencari
tempat yang
sesuai untuk qada hajat (buang air).
"Tiba-tiba saja kami dikejutkan oleh teriakan kawan kami itu.
Dia
menjerit sekuat-kuatnya minta tolong. Kami fikir dia digigit
ular atau
lebah. Kwan-kawan semua melompat berkejar ke tempat kawan kami
itu.
Rupanya dia bukan digigit ular tetapi diserang lalat ganas. Keadaannya
sama seperti bangkai yang dikerumuni oleh lalat hijau yang besar
belaka.
"Kami cuba sedaya upaya menyelamatkan kawan kami itu. Tetapi,
rupanya lalat-lalat itu bukan seperti yang iasa dijumpai. Sengatannya
jauh lebih sakit daripada sengatan lebah. Kami pun terpaksa lari
atau
menhindar dari kawasan itu. Setelah lalat-lalat itu pergi meninggalkan
kawan kami itu, kami dapati anggota tubuhnya ada yang terputus."
*Semoga menjadi peringatan buat kita semua.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( langganan : majordomo@MyList.net, pada body: SUBSCRIBE
HIZB )
( Mengambil bahagian: hizb@MyList.net Masalah
? : owner-hizb@MyList.net)
( Berhenti : majordomo@MyList.net, pada
body: UNSUBSCRIBE HIZB )
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan
)
( pandangan rasmi Malaysian Islamic Society Of North
America (MISNA) )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim:/Normarjan Elias <b60965@k6.upm.edu.my>
|