*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
      [     BISMILLAH AR-RAHMAN AR-RAHIM     ]
      *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
      [          HizbiNet (hizb@MyList.net) ]
      [             Ke Arah Membina Ummah ]
      [            Berilmu Dan Bermaklumat             ]
      *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

At 12:35 PM 1/8/98 +0000, ukht Mazliza wrote:
>
>------- Forwarded Message
>
>From: azlanma@tm.net.my
>Subject: Economics 101: Intro to East Asian Economic Crisis
>
>Dear List Members:
>
>For East Asian researchers who do not have an economics background, this
>little story is a simple introduction to the fundamental economic issues
>involved in the current financial crisis in East Asia.
>
>warm regards/Azlan
>
>
>Economics 101:
>Seven Days in a Little Island Economy
>
>There was once a little island country. The land of this country was the
>tiny island itself. The total money in circulation was $2 as there were
>only two pieces of $1 coins in circulation.
>
>Monday
>There were three islanders living on this island. Ali owned the land. Bala
>and Chan each owned $1. Bala decided to purchase the land from Ali for $1.
>So, Ali and Chan now each own $1 while Bala owned a piece of land that is
>worth $1. The net asset of the country = $3.
>
>Tuesday
>Chan thought that since there is only one piece of land in the country and
>since land is a non-produceable asset, its value must definitely go up. So,
>he borrowed $1 from Ali and together with his own $1, he bought the land
>from Bala for $2. Ali has a loan to Chan of $1, so his net asset is $1.
>Bala sold his land and got $2, so his net asset is $2. Chan owned the piece
>of land worth $2 but with his $1 debt to Ali, his net asset is $1. The net
>asset of the country = $4.
>
>Wednesday
>When Ali saw that the land he once owned had risen in value, he regretted
>selling it. Luckily, he has a $1 loan to Chan. He then borrowed $2 from
>Bala and acquired the land back from Chan for $3. The payment is by $2 cash
>(which he borrowed) and cancellation of the $1 loan to Chan. As a result,
>Ali now owned a piece of land that is worth $3. But since he owed Bala $2,
>his net asset is $1. Bala loaned $2 to Ali. So his net asset is $2. Chan
>now has the two coins. His net asset is also $2. The net asset of the
>country = $5. A bubble is building up.
>
>Thursday
>Bala saw that the value of land kept rising. He also wanted to own the
>land. So he bought the land from Ali for $4. The payment is by borrowing $2
>from Chan and cancellation of his $2 loan to Ali. As a result, Ali has got
>his debt cleared and he got the two coins. His net asset is $2. Bala owned
>a piece of land that is worth $4 but since he has a debt of $2 with Chan,
>his net asset is $2. Chan loaned $2 to Bala, so his net asset is $2. The
>net asset of the country = $6. This is in spite of the fact that the
>country has only one piece of land and $2 in circulation.
>
>Friday
>Everybody has made money and everybody felt happy and prosperous.
>
>Saturday
>On Saturday, an evil wind blew across the island. An evil thought came to
>Chan9s mind: 3Hey, what if the land price stops going up, how could Bala
>repay my loan? There is only $2 in circulation, I think. After all, the
>land that Bala owns is worth at most $1 only.2 Ali also thought the same.
>Nobody wanted to buy land anymore. In the end, Ali owns the $2 coins, his
>net asset is $2. Bala owed Chan $2 and the land he owned, which he thought
>was worth $4 but is now worth only $1. His net asset become -$1. Chan has a
>loan of $2 to Bala. But it is a bad debt. Although his net asset is still
>$2, his heart is palpitating. The net asset of the country = $3 again. Who
>has stolen the $3 from the country? Of course, before the bubble burst,
>Bala thought his land was worth $4. Actually, right before the collapse,
>the net asset of the country was $6 on paper.
>
>Sunday
>Bala had no choice but to declare bankruptcy. Chan has to relinquish his $2
>bad debt to Bala but in return he acquired the land which is worth $1 now.
>Ali owns the two coins, his net asset is $2. Bala is bankrupt, his net
>asset is $0 (Bala lost everything). Chan had no choice but end up with the
>land worth only $1 (Chan lost one $1). The net asset of the country = $3.
>
>End of the story.
>
>There is, however, a redistribution of wealth. Ali is the winner, Bala is
>the loser, and Chan is lucky that he was spared any net financial loss. A
>few points worth noting:
>
>1) When a bubble is building up, the debt of individuals in a country to
>one another is also building up.
>
>2) This story of the island economy is a closed system whereby there is no
>other country and hence no foreign debt. The worth of the asset can only be
>calculated using the island9s own currency. Hence, there is no net loss.
>
>3) An over-damped system is assumed when the bubble burst, meaning the
>land9s value did not go down to below $1.
>
>4) When the bubble burst, the islander with cash is the winner. The
>islanders having the land or extending loan to others are the losers. The
>asset could shrink, or, in worst case, they go bankrupt.
>
>5) Assume there is another islander, Dollah, holding either $1 or another
>piece of land but had refrained to take part in the wheeling and dealing.
>At the end of the day, he will neither win nor lose. But Dollah will see
>the value of his money or land go up and down like a see-saw.
>
>6) When the bubble was in the growing phase, everybody made money.
>
>7) If you are smart and know that you are living in a growing bubble, it is
>worthwhile to borrow money (like Ali) and take part in the wheeling and
>dealing. But you must know when you should convert everything back to cash.
>
>
>8) Instead of land, the above applies to stocks as well.
>
>9) The actual worth of land or stocks depends largely on psychology.
>
>
>------- End of Forwarded Message
>

Assalamu'alaikum wrt wbt!

Senario yang diforwardkan oleh ukt Mazliza di atas cukup menarik dalam
menjelaskan sedikit tindak-tanduk ekonomi kapitalis masakini, dan saya mohon
maaf kerana memilih untuk memuatkan semuanya, guna untuk renungan para
penjaring hizb sebelum memberikan beberapa komen peribadi hasil daripada
pemerhatian saya yang turut terlibat dalam usaha menangani kegawatan ekonomi
sekarang:-

1)Senario yang dibawakan adalah 'simplification(may be overly done)' keadaan
yang berlaku dalam proses ekonomi kapitalis sekarang, dan ia cuma
mengambilkira sistem ekonomi yang tertutup, tanpa gangguan luar. Ekonomi
Malaysia agak terbuka, maka pengaruh luar juga memainkan peranan terutama
daripada negara-negara jiran yang boleh mempengaruhi sentimen pasaran di
negara kita. Semakin lemah ekonomi sesuatu negara berbanding dengan
jiran-jirannya, semakin mudah ia terpengaruh, masih mungkin lebih teruk
daripada apa yang berlaku pada negara tersebut, malah ada prasa menyebut
'when the giant sneeze, the smaller one might catch cold'. Dalam hal ini,
ekonomi Malaysia nampaknya lebih kukuh berbanding Thailand dan Indonesia,
tetapi lebih lemah berbanding dengan Singapura. 

2)Masalah ekonomi yang berlaku sekarang adalah masalah serantau(regional).
Thailand dan Indonesia terjejas lebih teruk kerana sistem kewangan
(financial) mereka lebih rapuh dengan banyak syarikat terlalu bergantung
kepada dana dan pinjaman luar (highly leveraged), keadaan yang sama berlaku
di Malaysia terutama dalam syarikat-syarikat swasta termasuklah Renong.
Syarikat-syarikat yang 'highly leveraged' ini berada dalam bahaya sekarang
apabila keyakinan pelabur terjejas dan berlaku penarikan keluar dana keluar
dari negara (matawang ringgit dijual secara aktif lantas menurunkan
harganya). Seterusnya keyakinan kepada pasaran kita terjejas, rakyat
tempatan sendiri mula menarik diri dari pasaran tempatan, malah ada yang
mula menyimpan wang mereka di luar negara (pasaran saham pun turut menjunam). 

Kesan dari kejatuhan nilai ringgit dan pasaran saham mula dirasai oleh
rakyat jelata dalam beberapa ketika dengan meningkatnya harga barangan yang
mempunyai komponen import, serta kurangnya kecairan pasaran modal
menyebabkan syarikat-syarikat kekurangan modal dalam meneruskan operasi
mereka. Kos sara hidup meningkat, prestasi syarikat menurun secara mendadak,
maka 'economic slowdown' berlaku, yang kesannya mula menular dan dirasai
oleh semua.

3) Analisa terhadap asas-asas(fundamentals) ekonomi negara menunjukkan
petanda positif dan ekonomi kita masih kukuh dan analisis ke atas nilai
matawang menunjukkan ringgit telah 'highly under-valued'. Maka para pakar
yang mengkaji hal ini kebingungan mengenai punca sebenar berlakunya rentetan
kejatuhan ekonomi sekarang yang jauh lebih teruk daripada yang dijangkakan
jika ia hanya berpunca daripada sentimen negatif, kurangnya keyakinan para
pelabur terhadap pasaran kita sekarang serta sedikit 'over-priced/bubble
economy'. Mendapati keadaan ini, terdetik di hati saya bahawa jawapan
sebenar kepada kegawatan ekonomi masakini ialah 'bala dari Allah sebagai
peringatan terhadap tindak-tanduk buruk pemerintah dan rakyat jelata selama
ini'. Bagaimanapun, antara kelemahan lain yang telah dikenalpasti ialah
(kesemua ini hanyalah penilain dari segi fizikal semata, dan sepatutnya
tidaklah menyebabkan keparahan yang kita rasai sekarang):

i)Aktiviti-aktiviti syarikat-syarikat besar yang berlangsung dalam keadaan
'highly leveraged', banyak bergantung kepada dana luaran lantas struktur
kewangan mereka rapuh apabila sentimen negatif sebegini berlaku. (mungkin
kerana terlalu ghairah untuk mengaut keuntungan yang berlipat-ganda apabila
ekonomi sedang berkembang pesat, termasuklah juga sebilangan individu).

ii)Perjalanan sistem yang kurang telus (transparent), tidak konsisten,
rasuah dan birokrasi yang berlebihan yang mengurangkan keyakinan para para
pelabur dan mengurangkan minat mereka. Majoriti memilih untuk melabur
ditempat lain dan mengambil sikap tunggu dan lihat dengan suasana di Malaysia.

iii)Banyaknya projek mega dalam satu-satu masa yang belum tentu lagi
bersifat 'membena' dan diperlukan buat masa ini. Rakyat sendiri keliru sama
ada sesuatu projek itu 'for the sake of growth or leisure ?' sedangkan
satu-satu projek memerlukan pembiayaan yang mahal yang mengguna-pakai modal
yang sepatutnya boleh digunakan sebagai input untuk perusahaan yang lebih
produktif.

iv)Perbelanjaan yang berlebihan dalam jentera kerajaan dan swasta sedangkan
akaun semasa negara sedang berada dalam defisit. Ini boleh dianggap sebagai
membazir dan merosakkan pembangunan ekonomi dalam jangka panjang.

4)Apabila saya merenung jauh, saya dapati ini adalah di antara kelemahan
yang ketara sistem ekonomi kapitalis, ia bukan sahaja melebarkan jurang di
antara golongan kaya dan miskin (siapa ada modal, dia akan lebih banyak
mendapat pulangan), tetapi dari semasa ke semasa, keburukannya akan mengenai
seluruh warga seperti dalam fenomena kegawatan ekonomi sekarang. Saya rasa
masalah-masalah begini boleh dielakkan jika kita mengambil beberapa petunjuk
daripada al-Qur'an dan as-sunnah, di antaranya:

i)Berhutang hanya apabila perlu sahaja dan itupun tidak digalakkan (dari
hadis), perniagaan hendaklah berdasarkan kemampuan/kapasiti sendiri (jangan
terlalu banyak 'leverage'). Mungkin pertumbuhan syarikat lambat sedikit,
tetapi kita bergerak dalam kemampuan sebenar, bukan 'bubble'.

ii)Sistem perbankan sekarang banyak terdedah kepada manipulasi dan spekelasi
yang berlebihan (kerana ia sistem riba), maka banyak orang buat untung 'atas
angin' dengan menindas orang lain. Medan perniagaan (muammalat) menjadi 'art
of war' bukannya medan penjalinan ukhuwwah dan mahabbah sesama manusia
(hablum minannas). Konsep ini perlu diubah supaya persaingan yang berlaku
dalam perniagaan adalah persaingan yang baik sahaja.

Kesan spekulasi pula tidak terhenti dalam naiknya nilai harta dan barangan
kepada kadar yang berlebihan, malahan duit juga telah menjadi bahan
spekulasi, yang boleh berubah nilainya dalam kadar yang begitu cepat sekali.
Keadaan akan menjadi bertambah bercelaru apabila 'bubble' yang terhasil
akibat spekulasi yang berlebihan ini 'pecah' lalu bahananya menimpa semua
orang. Soal saya, patutkah wang yang menjadi 'pengukur nilai' ini juga
diniagakan dan terdedah kepada spekulasi? Dari apa yang saya faham, ada
petunjuk dalam sunnah yang mencadangkan nilai matawang diikat dan
disandarkan kepada nilaian emas supaya ia menjadi stabil.

Bagi saya, selagimana konsep-konsep ekonomi Islam/muammalat seperti
rubbubiyyah, khilafah (hak milik terhadap harta adalah tanggungjawab, bukan
mutlak), tazkiyah (pemurnian harta- supaya kekayaan dikongsi bersama seperti
melalui mekanisma zakat dan sadaqah), ukhuwwah(berniaga sebagai suatu
khidmat untuk masyarakat), 'adil(supaya semua pihak mendapat manfaatnya) dll
tidak dipakai secara spetutnya maka ketidakseimbangan dalam ekonomi dan
kegawatan hidup manusia terus berlangsung dan penyakit 'materislistic' dan
'individiualistic' akan terus menular. Dan selagi konsep ekonomi kapitalis
diterima pakai, nilaian harta dan apa-apapun termasuk manusia akan terus
bergantung kepada sentimen dan psikologi majoriti seperti yang digariskan
dalam isi terakhir (point no. 9) mesej di atas.

Kesimpulannya, segala kegawatan dan bala yang berlaku ini adalah hasil
daripada kesilapan manusia sendiri. Ia adalah suatu bala dan peringatan dari
Allah atas tindak-tanduk manusia yang mula lupa diri dan enggan mengambil
panduan Ilahi dalam menjalani kehidupan mereka di dunia ini. Marilah kita
bersama memanjatkan doa semoga Allah mengangkat bala ini, menyedarkan mereka
yang sudah tersasar dan menanamkan ke dalam hati-hati kita tekad dan
keazaman itu merealisasikan syariat Allah di bumi ini. Percayalah, barokah
yang tulen hanya dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa,
selain itu, ia adalah tipuan semata-mata. Firman Allah yang bermaksud:

"If the people of the towns had but believed and feared Allah, We should
indeed have opened out to them (all kinds of) BLESSINGS (barokah) from
heavens and earth; but they rejected (the truth) and We brought hem to book
for their misdeeds" [TMQ 7:96].

Semoga kita tergolong dari kalangan orang-orang yang bertaqwa. Ameen!

Wassalamu'alaikum wrt wbt!

Saudaramu dalam Islam,

Rozi Bin Muda  
 

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ( langganan : majordomo@MyList.net, pada body: SUBSCRIBE HIZB     )
    ( Mengambil bahagian: hizb@MyList.net  Masalah ? : owner-hizb@MyList.net)
    ( Berhenti  :  majordomo@MyList.net, pada body: UNSUBSCRIBE HIZB  )
    ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan                  )
    ( pandangan rasmi Malaysian Islamic Society Of North America (MISNA) )
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim:Rozi Bin Muda <rozi@isis.po.my>